Institut Kejuruteraan Nano Elektronik

Universiti Malaysia Perlis

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter
  • YouTube
  • Tentang Kami
    • Latar Belakang
    • Misi dan Visi
    • Organisasi
    • Piagam Pelanggan
    • Video Korporat
    • Kepakaran Kami
    • Pengakuan
    • Brosur
  • Ahli akademik
    • Sarjana Sains
    • Doktor Falsafah
    • Pelajar Pascasiswazah
    • Alumni
  • Penyelidikan
    • Aktiviti Penyelidikan
      • Bidang Penyelidikan
      • Fokus Penyelidikan
      • Projek Penyelidikan
        • Produk
      • Kerjasama
      • Penerbitan
        • Papan skor
    • Kemudahan Penyelidikan
  • Hubungi Kami
    • Direktori Kakitangan
    • Maklum balas
  • Galeri
    • Video
    • Audio
  • Muat turun
    • Arkib
    • Penerbitan
    • Borang
    • Kesedaran OBE
    • Laporan
  • Pautan Pantas
    • Pautan Sokongan
    • Soalan Lazim
    • Peta Laman
    • Fakulti
    • Jabatan Lain
    • Acara

Archives for December 2012

Prof. Dr. Uda Hashim Raih Anugerah Sains Dan Teknologi ISESCO

December 4, 2012 Oleh Editor

Prof. Dr. Uda Hashim
Prof. Dr. Uda Hashim

KANGAR, 28 Nov: Pengarah Institut Kejuruteraan Nano Elektronik (INEE), Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Prof. Dr. Uda Hashim terpilih untuk menerima anugerah Hadiah Laureate Sains dan Teknologi ISESCO 2012 daripada The Islamic Educational, Scientific and Cultural Organization (ISESCO) pada 20 November baru-baru ini.

Anugerah tersebut adalah bagi menghargai sumbangan besar beliau dalam bidang teknologi khususnya teknologi nano dan bakal meletakkan nama beliau sebaris dengan “ISES Science and Technology Laureate”.

Anugerah ini disampaikan oleh Prof Khamis Kajo Kunda, Menteri Pengajian Tinggi dan Penyelidikan Saintifik Sudan, sempena Sixth Islamic Conference of Ministers of Higher Education and Scientific Research yang berlangsung di Khartoum, Sudan, pada 20 hingga 21 November 2012.

Sebanyak 88 pencalonan telah diterima oleh pihak penganjur dari negara negara anggota OIC, tetapi hanya empat penerima telah terpilih untuk memenagi hadiah Laureate pada tahun ini yang mewakili bidang masing-masing iaitu dari Pakistan untuk bidang Matematik, Jordan untuk bidang Biologi, calon Azerbaijan untuk bidang kimia dan Prof Dr Uda dari Malaysia untuk bidang teknologi.

Bagi Prof. Dr. Uda, anugerah tersebut merupakan satu penghargaan yang besar bukan sahaja bagi beliau secara peribadi, tetapi ia juga sekaligus dapat mengharumkan nama Malaysia amnya dan UniMAP khususnya di peringkat antarabangsa.

Ini merupakan petanda awal yang Malaysia khususnya UniMAP mampu untuk melahirkan calon nobel laureate pada masa akan datang. UniMAP sedang dan akan merangka beberapa perancangan untuk mencapai impian dan hasrat ini.

“Saya berasa bersyukur dan berbangga kerana hasil sumbangan penyelidikan kita semakin mendapat tempat dah diiktiraf di peringkat antarabangsa sebaris dengan penyelidik-penyelidik barat.

Harapan saya, semoga lebih banyak lagi hasil penyelidikan penyelidik Islam khususnya dari Malaysia akan diiktiraf pada masa akan datang,” katanya ketika dihubungi.

Filed Under: News Tagged With: anugerah, inee, isesco 2012, prof. dr. uda hashim, the islamic educational scientific and cultural organization, unimap

BERITA @ INEE

  • IJNeaM Achieves a JCR Impact Factor of 0.8
  • Taklimat Hala Tuju Penyelidikan oleh Timbalan Naib Canselor Penyelidikan & Inovasi (TNC P&I) dan Pencapaian INEE 2022-2025
  • Sentuhan Kasih INEE 2026M/1447H
  • Program Cahaya Prihatin: Elektrik Untuk Masyarakat 2025
  • Persidangan Antarabangsa ke-2 mengenai Nanoteknologi & Penyelidikan Bahan (ICONMAR 2025)

ACARA & AKTIVITI

  • Lawatan daripada Fakulti Teknologi Lanjutan dan Pelbagai Disiplin (FTMM), Universitas Airlangga
  • Lawatan daripada Syarikat Aromaticroot
  • Panggilan untuk Kertas Kerja: BOND21 2026
  • Lawatan oleh Pelajar SJK (C) Nan Kwang
  • Jelajah INEE Nano – Siri 4
Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian | Peta Laman | Soalan Lazim | Maklum balas | Panduan Pengguna | Muat turun | Siswazah

Institut Kejuruteraan Nano Elektronik, Universiti Malaysia Perlis
Lot 106, 108 & 110, Blok A, Taman Pertiwi Indah,
Jalan Kangar-Alor Setar, Seriab 01000 Kangar, Perlis, Malaysia
Tel: +604-979 8581 Faks: +604-979 8578 Emel: webmaster.inee@unimap.edu.my

Hak Cipta © INEE UniMAP

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter
  • YouTube

Untuk paparan terbaik, sila gunakan versi terkini Internet Explorer, Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi 1280 x 768 dan ke atas.

Rakan Kongsi BioNexus (BNP)

QS 5 Bintang

myGov

Logo UniMAP

Designed by Mohd Isa from Portal Kerjaya & Sumber Rujukan Malaysia

  • English