Institute of Nano Electronic Engineering

Universiti Malaysia Perlis

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter
  • YouTube
  • About Us
    • Background
    • Mission and Vision
    • Organization
    • Client’s Charter
    • Corporate Video
    • Our Expertise
    • Acknowledgement
    • Brochures
  • Academics
    • Master of Science
    • Doctor of Philosophy
    • Postgraduate Students
    • Alumni
  • Research
    • Research Activities
      • Research Areas
      • Research Focus
      • Research Projects
        • Products
      • Collaborations
      • Publications
        • Scoreboard
    • Research Facilities
  • Contact Us
    • Staff Directory
    • Feedback
  • Gallery
    • Video
    • Audio
  • Download
    • Archive
    • Publications
    • Forms
    • OBE Awareness
    • Reports
  • Quick Links
    • Support Links
    • FAQ
    • Sitemap
    • Faculty
    • Other Departments
    • Events

INEE UniMAP kongsi kepakaran dengan MARDI

August 15, 2012 By Editor

INEE dan MARDI
Antara peserta MARDI yang menyertai Bengkel Teori dan Amali Rekabentuk dan Pembuatan Cip Nano untuk Penderia Makanan.

Institut Kejuruteraan Nano Elektronik (INEE) Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) menjalin kerjasama kepakaran dengan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) bagi menjalankan beberapa bidang penyelidikan.

Berikutan itu, UniMAP secara berasingan baru-baru ini menerima dua kumpulan penyelidik dari institut tersebut bagi menyertai Bengkel Teori dan Amali Rekabentuk dan Pembuatan Cip Nano untuk Penderia Makanan.

Menurut Pengarah INEE, Prof. Dr. Uda Hashim, bengkel tersebut disertai sembilan pegawai MARDI yang didedahkan menerusi pemahaman, kemahiran teknikal dan amali berkaitan rekabentuk dan pembuatan nano cip untuk penderia E. Coli, salmonella dan arsenic.

“Para peserta diajar secara praktikal untuk mengendali sendiri peralatan dan perkakas untuk mereka bentuk, pembuatan, pencirian, pengukuran dan validasi penderia,” katanya.

Selain itu, bengkel tersebut membantu penyelidik MARDI menyiapkan projek penyelidikan mereka yang bertajuk Development of Nano-photonic sensor for detection of microbes and toxin in foods yang berfokuskan pada bidang kemahiran nano teknologi.

Bengkel tersebut masing-masing mengambil masa lima dan empat hari untuk memberikan pendedahan, pemahaman dan kemahiran teknikal secara teori dan praktikal khusus kepada para penyelidik dari MARDI.

Ketua Projek penyelidikan tersebut, Ahmad Sudin, 56, memberitahu, bengkel yang dilaksanakan itu telah pun mencapai objektif yang disasarkan oleh pihaknya.

Katanya, dengan bantuan INEE, projek yang dilaksanakan mereka mampu dilaksanakan.

Mengenai peralatan yang digunapakai oleh UniMAP, katanya, ia adalah lengkap dan menepati piawaian yang ditetapkan oleh pihak MARDI.

“Peralatan INEE UniMAP lengkap dan penjelasan yang diberikan oleh pihak INEE berkaitan pembuatan Nano cip telah memberikan pemahaman mendalam kepada kumpulan penyelidik kami,” katanya.

Beliau juga melahirkan hasrat untuk mengadakan hubungan jangka panjang bersama-sama UniMAP dalam memantapkan penyelidikan yang menggunakan nano teknologi yang kini sedang diberikan keutamaan oleh negara.

Filed Under: News Tagged With: inee, mardi, penyelidikan, unimap

Pelajar UniMAP Memenangi Anugerah The Best Invention And Innovation Di NRIC USM

July 23, 2012 By Editor

Novel Research Invention Competition
Sharma Rao Balakrishnan, mengondol pingat emas dan juga Anugerah Utama iaitu The Best Invention And Innovation dalam pertandingan Novel Research Invention Competition (NRIC 2012).

PULAU PINANG – Mahasiswa tahun akhir Pusat Pengajian Kejuruteraan Mikroelektronik, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) Sharma Rao Balakrishnan, mengondol pingat emas dan juga Anugerah Utama iaitu The Best Invention And Innovation dalam pertandingan Novel Research Invention Competition (NRIC 2012) yang diadakan di Universiti Sains Malaysia (USM).

Bio-Molecule Detection Using In House Fabricated Microstructure Based Sensor
Produk Bio-Molecule Detection Using In House Fabricated Microstructure Based Sensor yang berjaya memikat juri.

Bersandarkan kekuatan produk Bio-Molecule Detection Using In House Fabricated Microstructure Based Sensor, pelajar dibawah penyeliaan Prof. Dr. Uda Hashim dari Institut Kejuruteraan Nano Elektronik berjaya menarik perhatian juri yang terdiri daripada wakil industri untuk menilai kali kedua bagi mengesahkan status rekacipta tersebut.

Dengan kemenangan itu, beliau membawa pulang hadiah kemenangan sebanyak RM 3,000.00.

Dalam masa yang sama, seorang lagi mahasiswi tahun akhir daripada Pusat Pengajian Kejuruteraan Sistem Elektrik dengan rekacipta Automatic Meter Reading Using Radio Frequency (Rf) dibawah seliaan Encil Azuwa Ali Berjaya memenangi pingat gangsa pada pertandingan sama yang berakhir 19 Julai lalu.

Kedua-dua pelajar berkenaan merupakan wakili pasukan Envex Young Researcher Club (EYReC), UniMAP yang juga merupakan chapter kepada Malaysian Invention and Design Society (MINDS) bagi negeri Perlis.

Pertandingan kali ini yang membabitkan lebih dari 200 penyertaan turut disertai oleh beberapa universiti tempatan antaranya Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), tuan rumah sendiri USM dan beberapa IPTA dan IPTS yang lain.

Majlis perasmian penutup dilakukan oleh Tan Sri Nor Mohamed Yakcop yang merupakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Malaysia.

Selepas ini, pasukan penyelidik muda UniMAP akan menyertai beberapa lagi pertandingan dalam dan luar negara. Antaranya Ekspo Inovasi Islam yang akan diadakan di USIM, Hong Kong Science Fair (HKSF) serta Korea Cyber International Genius Inventor Fair (CIGIF).

Menuruk Encik Razli Ahmad, Penolong Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, semua program yang disusun ini merupakan aktiviti pengantarabangsaan mahasiswa UniMAP yang disusun oleh Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni bagi mendedahkan mahasiswa UniMAP keperingkat yang lebih tinggi.

Filed Under: News

UniMAP Forges Partnerships With Saudi Arabian Universities

May 30, 2012 By Editor


Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) has forged strategic cooperation with three universities in Saudi Arabia to empower the fields of nanotechnology, biomedicine and microelectronic engineering.

The signing of the memorandum of understanding (MoU) with Buraydah College was held at a ceremony, two days ago, at the institution which is located in Buraydah, the administrative city of the Al Qassim province.

UniMAP was represented by Vice-Chancellor Prof Datuk Dr Kamarudin Hussin while Buraydah College was represented by Chancellor, Dr Abdullah Al Shetaiwi, at the signing.

The event was witnessed by Malaysian Ambassador to Saudi Arabia, Datuk Syed Omar Al Shagoff, and UniMAP board of directors chairman Tan Sri Dr Zainul Ariff Hussain.

Dr Kamarudin said UniMAP chose Buraydah College as it was regarded as capable of forming and outlining an academic and research partnership which would develop its microelectronic engineering curriculum, especially in nanotechnology.

The partnership also includes an exchange programme involving students and staff.

Buraydah College, which was established in 2009, is the best private higher learning institution in Al Qassim which focuses on core fields such as engineering, medicine and pharmacy.

“This is the best move to make UniMAP competitive and known at the international level, which includes specialising in nanotechnology,” said Dr Kamarudin here today.

UniMAP and Buraydah College will work to develop an academic curriculum for nanotechnology, as well as turn UniMAP’s laboratory as a centre for training and practical students.

Meanwhile, UniMAP also fostered a relationship with the King Saud University (KSU) in Riyadh with focus on cooperation in the same fields.

KSU is among the best and oldest universities in Saudi Arabia.

The MoU finalising the partnership took place in Riyadh, and as a result, UniMAP will begin a biomedicine programme in September this year, or early next year.

Dr Kamarudin said KSU had also agreed to collaborate on research in optics, which will be headed by the Dean of UniMAP Research Management and Innovation Centre, Prof Dr Syed Alwee Al Junid Syed Junid.

Another Saudi Arabian university, the Al-Farabi College in Jeddah, has expressed interest in working with UniMAP to develop the engineering and biomedicine curriculum.

Both parties signed a letter last week, stating intent for a partnership. – Bernama

Filed Under: News Tagged With: biomedicine, engineering, malaysia, microelectronic, nanotechnology, saudi arabian, unimap, universiti malaysia perlis

Institut Kejuruteraan Nano Elektronik UniMAP Diiktiraf Pusat Kecemerlangan Nano Malaysia (CoE)

January 26, 2012 By Editor

KUALA LUMPUR, 15 Jun – Institut Kecemerlangan Nano Elektronik Universiti Malaysia Perlis (INEE UniMAP) yang ditubuhkan pada tahun 2008 hari ini diiktiraf sebagai salah sebuah Pusat Kecemerlangan Nano Malaysia oleh Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi Malaysia.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Maximus Johnity Ongkily dalam ucapannya berharap kelima-lima Pusat Kecemerlangan yang dipilih ini akan terus menyumbang kepada pembangunan penyelidikan dalam bidang Nano Teknologi.

Ujar beliau, di peringkat awal sebanyak 17 Pusat Penyelidikan Nano Teknologi telah disenarai pendek tetapi buat masa sekarang, hanya 5 yang terpilih sebagai Pusat Kecemerlangan atas kecemerlangan penemuan dan penyelidikan dalam bidang Nano Teknologi.

“Pemilihan kelima-lima Pusat Kecemerlangan ini dibuat oleh satu panel khas dan harus saya akui proses pemilihan adalah sangat sukar memandangkan kesemua 17 pusat penyelidikan Nano Teknologi di Malaysia mempamerkan prestasi yang sangat membanggakan.

“Selepas beberapa tapisan, kita bersetuju dengan pemilihan lima Pusat Kecemerlangan ini (buat masa sekarang) dan tidak menolak kemungkinan akan ada penambahan di masa akan datang. Kesemua lima Pusat Kecemerlangan ini akan memfokuskan kepada bidang kepakaran masing-masing dengan pemantauan berterusan daripada Kementerian dan juga Direktorat Nano Teknologi Kebangsaan (NND),” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Perasmian Nano Malaysia Summit And Expo 2011 serta Penyampaian Pengiktirafan Pusat Kecemerlangan Nano Malaysia di PWTC di sini hari ini. Pada majlis tersebut, UniMAP diwakili oleh Naib Canselornya, Brig. Jen. Dato Profesor Dr. Kamarudin Hussin dan Pengarah INEE, Prof. Dr. Uda Hashim.

Selain INEE UniMAP, turut terpilih sebagai Pusat Kecemerlangan Nano Malaysia ialah, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Teknologi Petronas, Universiti Teknologi Malaysia dan SIRIM Malaysia Bhd.

Dr. Maximus seterusnya berkata, pihaknya juga akan menjadi perantara dalam mewujudkan kolaborasi pintar antara kelima-lima Pusat Kecemerlangan ini dengan agensi swasta dalam usaha pengkomersialan produk Nano Teknologi.

Beliau bagaimanapun berkata, setiap Pusat Kecemerlangan ini telah memiliki Unit Pengkomersialan masing-masing tetapi, Kementerian dan NND akan membuka lebih banyak peluang terutama di peringkat antarabangsa selain turut membimbing kesemua Pusat Kecemerlangan ini dalam bidang pembangunan tenaga kerja dan kepakaran serta koordinasi program.

Ditanya mengenai dana yang bakal diberikan kepada Pusat Kecemerlangan yang dipilih ini beliau berkata:
“Buat masa sekarang, jumlah dana tidak akan dimaklumkan, tetapi saya memberi jaminan bahawa kelima-lima Pusat Kecemerlangan ini akan diberi keutamaan dalam pemberian dana.”

Filed Under: News

  • « Previous Page
  • 1
  • …
  • 15
  • 16
  • 17

NEWS @ INEE

  • NanoRoadshow Biotech Exploration – STI 100 Scientists: 100 Schools: 100 Days MOSTI
  • Visit to the Faculty of Science and Trace Analysis and Biosensor COE, Prince of Songkla University
  • Visit and Collaborative Discussion Between INEE, Walailak University, Thailand, and Maejo University Chiang Mai, Thailand
  • Visit by Malaysian Bioeconomy Development Corporation (Bioeconomy Corporation)
  • Staff Retirement Appreciation Ceremony

EVENTS & ACTIVITIES

  • INEE Nano Roadshow – Series 4
  • NanoBiosensor Workshop 2024
  • Invitation To Nanobiosensor Workshop 2024
  • NANO ROADSHOW @ PSNCWU
  • STEM With Community at FESTKON UniMAP 2023
Privacy Policy | Security Policy | Disclaimer | Sitemap | FAQ | Feedback | User Guide | Download | Postgraduate

Institute of Nano Electronic Engineering, Universiti Malaysia Perlis
Lot 106, 108 & 110, Blok A, Taman Pertiwi Indah,
Jalan Kangar-Alor Setar, Seriab 01000 Kangar, Perlis, Malaysia
Tel: +604-979 8581 Fax: +604-979 8578 Email: webmaster.inee@unimap.edu.my

Copyright © INEE UniMAP

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter
  • YouTube

For best view, please use latest version of Internet Explorer, Mozilla Firefox and Google Chrome with resolution 1280 x 768 and above.

BioNexus Partners (BNP)

QS 5 Stars

myGov

Logo UniMAP

Designed by Mohd Isa from Portal Kerjaya & Sumber Rujukan Malaysia