Pada 12 Mac 2026 , satu taklimat mengenai hala tuju penyelidikan UniMAP telah disampaikan oleh YBhg. Prof. Ir. Dr. Rizalafande Che Ismail , Timbalan Naib Canselor Penyelidikan & Inovasi (TNC P&I), kepada semua kakitangan INEE.
Taklimat yang diadakan di Bilik Mesyuarat Utama INEE ini turut dihadiri oleh:
- Madya Ts. Ayu Wazira Azhari , Pengarah RMC
- Madya Ts. Fathinul Syahir Ahmad Saad , Pengarah CIC
- Madya Ir. Dr. Khairul Salleh Basaruddin , Timbalan Pengarah RMC
Semasa sesi tersebut, Pengarah INEE turut menyampaikan taklimat mengenai pencapaian INEE untuk tahun 2022–2025 dan sasaran untuk tahun 2026. Penghargaan kami ditujukan kepada Pejabat TNC P&I, RMC dan CIC. Diharapkan taklimat ini akan merancakkan lagi aktiviti penyelidikan di INEE.




