
Institut Kejuruteraan Nano Elektronik (INEE) telah menganjurkan kursus pendek untuk sembilan pensyarah dari Universiti Anbar, Iraq dalam bidang teknologi nanobahan pada 15 hingga 25 Oktober 2012 yang lalu.
Keseluruhan kursus mengambil masa kira-kira sembilan hari, di mana teori diadakan pada waktu pagi, manakala bahagian praktikal makmal INEE diadakan pada waktu petang. Secara teorinya, peserta didedahkan dengan semua aspek teknologi nanomaterial yang merangkumi model matematik, teori asas bahan, sintesis bahan, kaedah pencirian fizikal dan elektrik. Asas reka bentuk kemudahan untuk bilik bersih dan kemudahan kritikal lain dalam bidang fabrikasi nanoteknologi juga dibentangkan.
Dalam aspek praktikal, peserta didedahkan kepada teknologi fabrikasi nano seperti fotolitografi, pengetsaan, pengoksidaan, pemetaan dan sebagainya.
Secara keseluruhannya, para peserta sangat berpuas hati dengan kursus yang dijalankan dan mengakui banyak perkara yang telah dipelajari. Mereka juga memuji kemajuan yang telah dicapai oleh UniMAP khususnya, dan Malaysia amnya.
INEE dijangka mengadakan kursus yang sama kepada kumpulan kedua Universiti Anbar pada November 2012.


Disediakan oleh:
Ramzan Mat Ayub
Timbalan Pengarah
ramzan@unimap.edu.my
Muat turun laporan: Laporan Kursus Pendek Teknologi Nanomateril Universiti Anbar (Bahasa Melayu)



