Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) mencipta tsunami emas apabila meraih 32 pingat emas pada International Invention, Innovation and Technology Exhibition 2013 (ITEX’13) yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini.
Kejayaan itu sekaligus melayakkan UniMAP dinobatkan sebagai johan keseluruhan meninggalkan pencabar terdekatnya Universiti Teknologi Petronas (UTP) di tempat kedua.
UniMAP yang menghantar 60 produk turut meraih 26 pingat perak dan satu gangsa.
Naib Canselor UniMAP, Brig. Jeneral Dato’ Prof. Dr. Kamarudin Hussin ketika ditemui melahirkan kegembiraan dengan kejayaan yang diraih kerana pencapaian tersebut melebihi sasaran yang telah ditetapkan.
“Saya sangat teruja dengan pencapaian yang diraih oleh penyelidik UniMAP dimana mereka berjaya memperolehi pingat emas melebihi sasaran yang telah saya tetapkan sebelum ini.
Ini menunjukkan kematangan dalam penghasilan produk UniMAP bila mana rata-rata juri memberikan emas kepada produk kita,” katanya.
Beliau juga turut melahirkan keyakinan untuk penghasilkan produk yang lebih berkualiti pada masa akan datang.
“Bagi penyertaan mana-mana pameran yang akan datang, kita akan membariskan produk yang lebih berkualiti bagi menjamin peningkatan pencapaian kita,” katanya.
Produk UniMAP yang meraih emas adalah: A Novel 2.45 GHZ Switchable Beam Steering Textile Antenna (SBTA) for Wireless Body Area Network (WBAN) Application; A Novel Geopolymer Brick Block Making Machine; Anti Corrosion Coating : New Advanced Technology Approach; Cds Nanostructure For Green Technology; Smart Web Based Remote River Gate Control System For Irrigation And Flood Control, Novel Hydroxyapatite (HAp) Nanoparticles Production By Supercritical Fluid Processing For Gene Vector Application (Potential For Various Cancer Treatments); High Power Transformerless Photovoltaic Inverter; Novel Adipose Derived Stem Cells; Portable Washing Machine; Ring-Liner Tribo: A Novel In-Situ Reciprocating Tribologytester For Internal Combustion Engine Monitoring Application;
Produk lain adalah: Salted Egg Processing Machine; Triple Play Services With Zero Cross Correlation Code For Ftth-Ocdma Systems; Unimap Portable Solar Generator; Virtual Reality Cataract Surgery Simulator; Wec-Breaker® Novel Electro-Aquatic Circuit Breaker From E-Waste; Bansorber: A Green Microwave Absorber Using Dried Banana Leaves; Hypo-G: A New Generation Of Natural Rubber Latex Glove; Bacteria Species Detection On Diabetic Foot Infections; Catt-Computerized Auscultation Teaching Tool, Design And Development The Frequency Selective Surface (FSS) To Enhance The WLAN Applications Signal.
Produk Detection Of hCG In Urine Using Integrated Lab-On-A-Chip With Nanogap Biosensor And CNT For Application In Pregnancy Sensing; Development Of Value Added Flour As A New Ingredient From Bambara Groundnut; Directional And Broadside Dual-Frequency Compact Antenna For Wimax And Wi-Fi Application; E-Slag Cement; Health Risk Assessment In Human Environment turut menyumbang emas kepada UniMAP.
Produk Emas UniMAP lain, Honey Authenticity Tester; Ultra Compact Power Amplifier Wireless Sensor Networks For Agriculture; Nano Channel Solution Gate Field-Effect Transistor (SGFET) For Protein Detection; Onion Peeler Machine; Synthesis And Characterization Of GNP Modified ZnO Thin Films For Biomedical Application; TiO2 Dye Sensitized Solar Cells Cathode Using Recycle Battery; Dan Value Added Product From Edible Bird Nest (EBN) Waste For The Cosmetic Industry.
Terdapat 25 kategori yang dipertandingkan iaitu Kategori Pertanian; Kategori Fabrikasi; Kategori Bioteknologi; Kategori Bahan Kimia; Kategori Peralatan Pendidikan; Kategori Elektrik dan Elektronik; Kategori Tenaga Boleh Diperbaharui dan Alam Sekitar; Kategori Peralatan Isi Rumah; Kategori Multimedia dan Teknologi Maklumat; Kategori Mesin dan Peralatan; Kategori Bahan; Kategori Kendalian Istimewa dan Penjagaan Kanak-kanak, Kategori Telekomunikasi.
Kategori lain adalah Kategori Bangunan dan Pembinaan; Kategori Aero Angkasa dan Penerbangan; Kategori Peralatan Audio Visual; Kategori Automotif dan Pengangkutan; Kategori Bioteknologi; Kategori Kesihatan dan Kecergasan; Kategori Reka Bentuk Perindustrian; Kategori Proses Pembuatan; Kategori Produk Pejabat; Kategori Produk Penjagaan Diri; Kategori Pencetakan dan Pembungkusan; dan Sukan dan Permainan.
ITEX’13 anjuran Malaysian Invention and Design Society (MINDS) dengan kerjasama World Intellectual Property Organization (WIPO) telah diadakan buat kali ke – 24 dengan penyertaan lebih 1000 produk penyelidikan dari pelbagai agensi dalam dan luar negara bermula 9 hingga 11 Mei 2013.
Antara negara yang menyertai adalah Belarus, Kanada, China, Hong Kong, Indonesia, Japan, Korea, Macau, Filipina, Poland, Romania, Russia, Arab Saudi, Dubai, Singapore, Taiwan, Thailand, Amerika Syarikat, Vietnam dan Malaysia.
Turut diadakan adalah Asian Young Inventors for Young Inventors (AYIE 2013) dan International Exhibition of Young Inventors (IEYI 2013) yang membariskan penyelidik muda berusia 20 tahun dan ke bawah.
Sumber: Portal Rasmi UniMAP