Institute of Nano Electronic Engineering

Universiti Malaysia Perlis

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter
  • YouTube
  • About Us
    • Background
    • Mission and Vision
    • Organization
    • Client’s Charter
    • Corporate Video
    • Our Expertise
    • Acknowledgement
    • Brochures
  • Academics
    • Master of Science
    • Doctor of Philosophy
    • Postgraduate Students
    • Alumni
  • Research
    • Research Activities
      • Research Areas
      • Research Focus
      • Research Projects
        • Products
      • Collaborations
      • Publications
        • Scoreboard
    • Research Facilities
  • Contact Us
    • Staff Directory
    • Feedback
  • Gallery
    • Video
    • Audio
  • Download
    • Archive
    • Publications
    • Forms
    • OBE Awareness
    • Reports
  • Quick Links
    • Support Links
    • FAQ
    • Sitemap
    • Faculty
    • Other Departments
    • Events

INEE UniMAP kongsi kepakaran dengan MARDI

August 15, 2012 By Editor

INEE dan MARDI
Antara peserta MARDI yang menyertai Bengkel Teori dan Amali Rekabentuk dan Pembuatan Cip Nano untuk Penderia Makanan.

Institut Kejuruteraan Nano Elektronik (INEE) Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) menjalin kerjasama kepakaran dengan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) bagi menjalankan beberapa bidang penyelidikan.

Berikutan itu, UniMAP secara berasingan baru-baru ini menerima dua kumpulan penyelidik dari institut tersebut bagi menyertai Bengkel Teori dan Amali Rekabentuk dan Pembuatan Cip Nano untuk Penderia Makanan.

Menurut Pengarah INEE, Prof. Dr. Uda Hashim, bengkel tersebut disertai sembilan pegawai MARDI yang didedahkan menerusi pemahaman, kemahiran teknikal dan amali berkaitan rekabentuk dan pembuatan nano cip untuk penderia E. Coli, salmonella dan arsenic.

“Para peserta diajar secara praktikal untuk mengendali sendiri peralatan dan perkakas untuk mereka bentuk, pembuatan, pencirian, pengukuran dan validasi penderia,” katanya.

Selain itu, bengkel tersebut membantu penyelidik MARDI menyiapkan projek penyelidikan mereka yang bertajuk Development of Nano-photonic sensor for detection of microbes and toxin in foods yang berfokuskan pada bidang kemahiran nano teknologi.

Bengkel tersebut masing-masing mengambil masa lima dan empat hari untuk memberikan pendedahan, pemahaman dan kemahiran teknikal secara teori dan praktikal khusus kepada para penyelidik dari MARDI.

Ketua Projek penyelidikan tersebut, Ahmad Sudin, 56, memberitahu, bengkel yang dilaksanakan itu telah pun mencapai objektif yang disasarkan oleh pihaknya.

Katanya, dengan bantuan INEE, projek yang dilaksanakan mereka mampu dilaksanakan.

Mengenai peralatan yang digunapakai oleh UniMAP, katanya, ia adalah lengkap dan menepati piawaian yang ditetapkan oleh pihak MARDI.

“Peralatan INEE UniMAP lengkap dan penjelasan yang diberikan oleh pihak INEE berkaitan pembuatan Nano cip telah memberikan pemahaman mendalam kepada kumpulan penyelidik kami,” katanya.

Beliau juga melahirkan hasrat untuk mengadakan hubungan jangka panjang bersama-sama UniMAP dalam memantapkan penyelidikan yang menggunakan nano teknologi yang kini sedang diberikan keutamaan oleh negara.

Filed Under: News Tagged With: inee, mardi, penyelidikan, unimap

NEWS @ INEE

  • NanoRoadshow Biotech Exploration – STI 100 Scientists: 100 Schools: 100 Days MOSTI
  • Visit to the Faculty of Science and Trace Analysis and Biosensor COE, Prince of Songkla University
  • Visit and Collaborative Discussion Between INEE, Walailak University, Thailand, and Maejo University Chiang Mai, Thailand
  • Visit by Malaysian Bioeconomy Development Corporation (Bioeconomy Corporation)
  • Staff Retirement Appreciation Ceremony

EVENTS & ACTIVITIES

  • INEE Nano Roadshow – Series 4
  • NanoBiosensor Workshop 2024
  • Invitation To Nanobiosensor Workshop 2024
  • NANO ROADSHOW @ PSNCWU
  • STEM With Community at FESTKON UniMAP 2023
Privacy Policy | Security Policy | Disclaimer | Sitemap | FAQ | Feedback | User Guide | Download | Postgraduate

Institute of Nano Electronic Engineering, Universiti Malaysia Perlis
Lot 106, 108 & 110, Blok A, Taman Pertiwi Indah,
Jalan Kangar-Alor Setar, Seriab 01000 Kangar, Perlis, Malaysia
Tel: +604-979 8581 Fax: +604-979 8578 Email: webmaster.inee@unimap.edu.my

Copyright © INEE UniMAP

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter
  • YouTube

For best view, please use latest version of Internet Explorer, Mozilla Firefox and Google Chrome with resolution 1280 x 768 and above.

BioNexus Partners (BNP)

QS 5 Stars

myGov

Logo UniMAP

Designed by Mohd Isa from Portal Kerjaya & Sumber Rujukan Malaysia