Institute of Nano Electronic Engineering

Universiti Malaysia Perlis

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter
  • YouTube
  • About Us
    • Background
    • Mission and Vision
    • Organization
    • Client’s Charter
    • Corporate Video
    • Our Expertise
    • Acknowledgement
    • Brochures
  • Academics
    • Master of Science
    • Doctor of Philosophy
    • Postgraduate Students
    • Alumni
  • Research
    • Research Activities
      • Research Areas
      • Research Focus
      • Research Projects
        • Products
      • Collaborations
      • Publications
        • Scoreboard
    • Research Facilities
  • Contact Us
    • Staff Directory
    • Feedback
  • Gallery
    • Video
    • Audio
  • Download
    • Archive
    • Publications
    • Forms
    • OBE Awareness
    • Reports
  • Quick Links
    • Support Links
    • FAQ
    • Sitemap
    • Faculty
    • Other Departments
    • Events

Bengkel ‘Nanotechnology Measurement Solutions and Application’

January 27, 2012 By Editor

Dimaklumkan bahawa Institut Kejuruteraan Nano Elektronik (INEE) akan menganjurkan Bengkel “Nanotechnology Measurement Solutions and Application” yang akan disampaikan oleh Dr. Chong Boon Keat & Dr Xiu -Qiang Tong (Application Scientist) daripada Agilent Technology, Inc, Arizona, USA.

Bengkel tersebut akan dijalankan seperti ketetapan berikut:

  • Tarikh : 15th November 2011
  • Masa : 8.30pagi – 12.30 Tengahari
  • Tempat : Bilik Seminar Za’ba, Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Seriab

Oleh itu, sesiapa yang berminat untuk menyertai bengkel bengkel ini, bolehlah mengisi borang yang dilampirankan. Untuk makluman juga tempat adalah terhad dan tiada sebarang yuran dikenakan bagi menyertai bengkel ini.

Filed Under: Events

Institut Kejuruteraan Nano Elektronik UniMAP Diiktiraf Pusat Kecemerlangan Nano Malaysia (CoE)

January 26, 2012 By Editor

KUALA LUMPUR, 15 Jun – Institut Kecemerlangan Nano Elektronik Universiti Malaysia Perlis (INEE UniMAP) yang ditubuhkan pada tahun 2008 hari ini diiktiraf sebagai salah sebuah Pusat Kecemerlangan Nano Malaysia oleh Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi Malaysia.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Maximus Johnity Ongkily dalam ucapannya berharap kelima-lima Pusat Kecemerlangan yang dipilih ini akan terus menyumbang kepada pembangunan penyelidikan dalam bidang Nano Teknologi.

Ujar beliau, di peringkat awal sebanyak 17 Pusat Penyelidikan Nano Teknologi telah disenarai pendek tetapi buat masa sekarang, hanya 5 yang terpilih sebagai Pusat Kecemerlangan atas kecemerlangan penemuan dan penyelidikan dalam bidang Nano Teknologi.

“Pemilihan kelima-lima Pusat Kecemerlangan ini dibuat oleh satu panel khas dan harus saya akui proses pemilihan adalah sangat sukar memandangkan kesemua 17 pusat penyelidikan Nano Teknologi di Malaysia mempamerkan prestasi yang sangat membanggakan.

“Selepas beberapa tapisan, kita bersetuju dengan pemilihan lima Pusat Kecemerlangan ini (buat masa sekarang) dan tidak menolak kemungkinan akan ada penambahan di masa akan datang. Kesemua lima Pusat Kecemerlangan ini akan memfokuskan kepada bidang kepakaran masing-masing dengan pemantauan berterusan daripada Kementerian dan juga Direktorat Nano Teknologi Kebangsaan (NND),” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Perasmian Nano Malaysia Summit And Expo 2011 serta Penyampaian Pengiktirafan Pusat Kecemerlangan Nano Malaysia di PWTC di sini hari ini. Pada majlis tersebut, UniMAP diwakili oleh Naib Canselornya, Brig. Jen. Dato Profesor Dr. Kamarudin Hussin dan Pengarah INEE, Prof. Dr. Uda Hashim.

Selain INEE UniMAP, turut terpilih sebagai Pusat Kecemerlangan Nano Malaysia ialah, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Teknologi Petronas, Universiti Teknologi Malaysia dan SIRIM Malaysia Bhd.

Dr. Maximus seterusnya berkata, pihaknya juga akan menjadi perantara dalam mewujudkan kolaborasi pintar antara kelima-lima Pusat Kecemerlangan ini dengan agensi swasta dalam usaha pengkomersialan produk Nano Teknologi.

Beliau bagaimanapun berkata, setiap Pusat Kecemerlangan ini telah memiliki Unit Pengkomersialan masing-masing tetapi, Kementerian dan NND akan membuka lebih banyak peluang terutama di peringkat antarabangsa selain turut membimbing kesemua Pusat Kecemerlangan ini dalam bidang pembangunan tenaga kerja dan kepakaran serta koordinasi program.

Ditanya mengenai dana yang bakal diberikan kepada Pusat Kecemerlangan yang dipilih ini beliau berkata:
“Buat masa sekarang, jumlah dana tidak akan dimaklumkan, tetapi saya memberi jaminan bahawa kelima-lima Pusat Kecemerlangan ini akan diberi keutamaan dalam pemberian dana.”

Filed Under: News

Raith Lithography Workshop

April 20, 2010 By Editor

RAITH LITHOGRAPHY WORKSHOP PADA 13 HINGGA 16 APRIL 2010, RAITH DORTMUND, GERMAN

Sebagai ‘member of Bionexus Partners Programme’ BiotechCorp, sekali lagi pihak INEE berkesempatan menghadiri Raith Lithography Workshop yang berlangsung selama empat hari bermula 13 hingga 16 April 2010. Peserta daripada INEE yang hadir diketuai oleh Prof. Dr Uda Hashim bersama dua penyelidik iaitu Mohammad Nuzaihan Md Nor dan Nur Hamidah Abdul Halim.

Sepanjang workshop berlangsung para perserta didedahkan kepada 2 topik penting dalam E-beam lithography iaitu ‘Proximity Effect and Correction’ dan ‘Automation and Wafer Exposure’. Kedua-dua topik ini diajarkan secara teori dan kerja-kerja makmal oleh 2 orang pengajar iaitu Dr. Guide Piaszenski dan Matthias Berse yang sangat berpengalaman dalam bidang ini.

Di antara kandungan workshop adalah ‘Proximity effect correction in electron beam lithography’, ‘Introduction to Raith proximity effect correction software’, ‘Correction and exposure of GDSII design’, ‘Extending and expanding functionality as well as automating common tasks’, ‘Crash course JavaScript’, dan ‘Determination of proximity effect parameters’.

Raith Lithography Workshop
Raith Lithography Workshop

Disediakan oleh: Mohammad Nuzaihan Md Nor

Download Report: Report of Raith Lithography Workshop

Filed Under: Events Tagged With: Bionexus Partners Programme, BiotechCorp, Raith, Raith Lithography Workshop

Nanomaterials Synthesis & Characterization Conference nMSC 2009

November 10, 2009 By Editor

Nanomaterials Synthesis & Characterization Conference nMSC telah diadakan pada 3 dan 4 November 2009 bertempat di Palace of The Golden Horses, Seri Kembangan, Selangor. Conference ini telah dianjurkan oleh X-ray Application Malaysia Society (XAPP) dengan kerjasama Malaysia Nuclear Society (MNS).

Skop conference ini menekan kepada “Nanomaterial Synthesis and Characterization” dan pernyertaan terbuka kepada jurutera, pensyarah dan penyelidik-penyelidik terlibat didalam bidang bahan nano. Insitut Kejuruteraan Nano Elektronik tidak melepaskan peluang untuk menyertai Conference ini dengan penghantaran sebanyak 8 kertas kerja teknikal. Kertas kerja INEE iaitu daripada Zarimawaty Zailan telah dipilih memenagi salah satu hadiah yang disediakan semasa conference tersebut.

Nanomaterials Synthesis & Characterization Conference nMSC 2009

Download Report: Nanomaterials Synthesis & Characterization Conference nMSC 2009

Filed Under: Events Tagged With: Nanomaterials Synthesis & Characterization Conference, nMSC

  • « Previous Page
  • 1
  • …
  • 40
  • 41
  • 42

NEWS @ INEE

  • Congratulations to the 2024 Excellence & Service Award Recipients
  • NanoRoadshow Biotech Exploration – STI 100 Scientists: 100 Schools: 100 Days MOSTI
  • Visit to the Faculty of Science and Trace Analysis and Biosensor COE, Prince of Songkla University
  • Visit and Collaborative Discussion Between INEE, Walailak University, Thailand, and Maejo University Chiang Mai, Thailand
  • Visit by Malaysian Bioeconomy Development Corporation (Bioeconomy Corporation)

EVENTS & ACTIVITIES

  • INEE Nano Roadshow – Series 4
  • NanoBiosensor Workshop 2024
  • Invitation To Nanobiosensor Workshop 2024
  • NANO ROADSHOW @ PSNCWU
  • STEM With Community at FESTKON UniMAP 2023
Privacy Policy | Security Policy | Disclaimer | Sitemap | FAQ | Feedback | User Guide | Download | Postgraduate

Institute of Nano Electronic Engineering, Universiti Malaysia Perlis
Lot 106, 108 & 110, Blok A, Taman Pertiwi Indah,
Jalan Kangar-Alor Setar, Seriab 01000 Kangar, Perlis, Malaysia
Tel: +604-979 8581 Fax: +604-979 8578 Email: webmaster.inee@unimap.edu.my

Copyright © INEE UniMAP

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter
  • YouTube

For best view, please use latest version of Internet Explorer, Mozilla Firefox and Google Chrome with resolution 1280 x 768 and above.

BioNexus Partners (BNP)

QS 5 Stars

myGov

Logo UniMAP

Designed by Mohd Isa from Portal Kerjaya & Sumber Rujukan Malaysia

  • Bahasa Melayu